DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG
Daripada Abu Bakrah sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda; maksudnya:-"Sesungguhnya zaman itu berputar sejak awal waktu Allah menjadikan langit2 dan bumi. Satu tahun mengandungi dua belas bulan ini, darinya empat bulan haram, tiga dari empat bulan ini berturutan-turutan iaitu Dzul-Kaedah, Dzul-Hijjah dan Muharram dan satu bulan berasingan ialah Rejab di antara Jamadi dan Syakban."
Dzul-Kaedah dibacakan dengan huruf Qaf dibariskan ataskan dan ini adalah masyhur. Manakala Dzul-Hijjah dibacakan dengan membaris bawahkan huruf Ha. Di dalam bahasa yang jarang digunakan adalah huruf Qaf itu dibacakan dengan membariskan bawahkannya. Orang2 Islam telah bersepakat bahawa bilangan bulan-bulan haram di dalam takwim Islam adalah ke empat2 bulan yang telah disebutkan di dalam hadis daripada Abu Bakrah r.a tadi.
Walaubagaimanapun para alim ulamak Islam telah berselisih pendapat mengenai adab yang mustahab di dalam kaedah pembacaan ataupun penurutan bulan2 tersebut. Samada dengan mendahulukan Muharram dari selainnya ataupun mendahulukan Rejab dari yang selainnya dan seumpamanya. Maka perselisihan mereka hanyalah di dalam perkara tersebut tidak pada yang lainnya.
Segolongan alim ulamak dari Kufah berpendapat bahawa ianya hendaklah dibilang di dalam turutan yang berikut; Rejab, Dzul-Kaedah dan Dzul-Hijjah. Turutan dijadikan sedemikian supaya keempat bulan tersebut akan termasuk di dalam satu tahun yang sama dan tidak terasing2. Para alim ulamak Madinah dan Basrah serta jamhur ulamak mereka pula berpendapat bahawa turutan tersebut mestilah dijadikan seperti berikut; Muharram, Rejab, Dzul-Kaedah dan Dzul-Hijjah. Tiga bulan yang terawal di dalam turutan ini datang secara berturut-turutan manakala satu darinya berasing-asingan. Ini adalah pendapat yang sohih di mana salah satu darinya adalah yang telah dibincangkan di dalam kitab ini dan yang telah dinukilkan di awal penulisan ini.
Adapun sabdaan Rasulullah s.a.w yang bermaksud; Rejab adalah terasing di antara Syakban dan Jamadi. Sesungguhnya lafaz Rasulullah s.a.w adalah merupakan pengasingan ataupun penekaan demi memberikan penjelasan yang baik di dalam usaha untuk menjauhkan kekeliruan di dalam penyebutan bulan2 tersebut sebagaimana yang paling sohih di dalam turutannya. Terdapat pertelagahan di dalam menentukan bulan yang manakah yang dibilang di dalam kedudukan yang berasingan tidak berturutan di antara Jamadi dan Syakban. Perselisihan ini berlaku di antara bani Mudhor dan Bani Rabi'ah mengatakan ianya adalah bulan Ramadan. Maka yang sohih adalah pilihan Mudhor. Disebabkan yang demikian Rasulullah s.a.w merujukkannya kepada Mudhor di mana di dalam istilah bahasa Arab Mudhor bermakna terasing.
Dikatakan juga Mudhor amat membesar-besarkan bulan Rejab dari puak2 yang lain. Dengan yang demikian Rejab dirujukkan kepada Mudhor. Maka jadilah ia Rejab Al-Mudhor iaitu bulan Rejab yang terasing kedudukannya di kalangan ke empat2 bulan haram tersebut.
Adapun sabdaan Rasulullah s.a.w yang bermaksud bahawa sesungguhnya zaman itu berputar sebagaimana perihal hari penciptaan langit dan bumi. Alim ulamak mengatakan bahawa maknanya; Sesungguhnya mereka (Mudhor) di masa jahiliah berpegang kepada agama nabi Ibrahim (mentauhidkan Allah s.w.t) di dalam pengharaman bulan2 tersebut. Sebagaimana adat mereka yang sukakan peperangan, pengharaman bulan2 ini amatlah membebankan mereka lantaran terpaksa menangguhkan peperangan. Mereka apabila bercadang untuk melancarkan peperangan ataupun untuk melakukan pembunuhan akan menundakan pengharaman bulan2 haram yang berturutan tersebut kepada bulan yang datang selepasnya iaitu Safar. Kemudian pada tahun yang lainpula mereka menundakannya kepada bulan yang lain. Beginilah yang mereka telah lakukan tahun demi tahun sehingga urusan tersebut menyebabkan kekelamkabutan kepada mereka. Sehingga pada satu tahun yang berikutnya bulan yang ditundakan itu bertemu dengan Hijatul Wida' yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Di mana Hijatul Wida' ini berlaku di dalam tahun di mana Allah s.w.t. telah menfardhukan ibadat haji bagi setiap yang berkemampuan bahawa pengharaman itu adalah bersesuaian dengan syarak Allah s.w.t.
Mereka di dalam tahun tersebut telah mengharamkan (peperangan)di dalam bulan Dzul-Hijjah di mana ia bersesuaian dengan apa yang telah dinyatakan sebelum ini. Maka Rsulullah s.a.w telah bersabda bahawa pusingan bulan2 tersebut adalah bersesuaian dengan hari di mana Allah s.w.t menentukan penciptaan langit dan bumi.
0 comments:
Post a Comment