MENUJU KEHIDUPAN YANG TENANG DAN STABIL
"Anjuran Dalam Meraih Kehidupan Penuh Cinta Dan Kasih Sayang Dalam Kehidupan."
ALLAH S.W.T berfirman:
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, suapaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."
(Al-Rum: 21)
1) Perkahwinan Harus Didasari Dengan Ikhlas, Cinta, Kasih Sayang, Dan Kesetiaan.
Menurut Al-Quran, perkahwinan bukan hanya sebahagian sarana untuk menjaga kelestarian umat. Namun perkahwinan lebih dari sekadar itu, iaitu sebagai sarana untuk menciptakan ketenangan jiwa, ketenteraman hati, dan kedamaian jiwa. Allah s.w.t berfirman:
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."
(Ar-Rum: 21)
Al-Quran menerangkan bahawa perasaan yang tenang dan jiwa yang damai merupakan landasan kebahagiaan dalam perkahwinan.
Seorang isteri adalah tempat bersandar bagi suaminya yang telah berjuang sehari penuh untuk mendapatkan sumber rezeki untuk menampung kehidupan seharian. Dia berharap kembali kepada isterinya dalam keadaan tenang, damai, dan tenteram jiwanya. Di samping itu, dia ingin mendinginkan ketegangan urat sarafnya akibat pekerjaannya. Untuk itu, dia perlu kembali kepada isterinya dengan sambutan yang menyenangkan, wajah yang ceria dan senyuman yang manis. Jika si suami mendapatkan kedamaian dan kemesraan pada isterinya, serta tutur kata dan tindak-tanduk yang manis, maka segala kepenatan lahir batin yang menghimpitnya akan terubat.
Seorang isteri harus menjadi ubat penenang bagi suaminya, terutama berkaitan dengan keperluan biologis (seksual)nya. Kerana setiap suami ingin isterinya selalu bersedia jika diperlukan berhubungan seksual agar hati dan jasmaninya menjadi tenang setelah mendapat keperluan biologisnya. Sehingga untuk memenuhi hasratnya itu dia tidak perlu menyalurkannya ke tempat yang salah dan haram. Kerana itulah, untuk mewujudkan ketenangan hati dalam sebuah perkahwinan, Islam menetapkan beberapa hak dan batasan bagi pasangan suami-isteri. Setiap pasangan diwajibkan memberikan hak-hak pasangannya dan menjalankan segala kewajipannya. Masing-masing tidak boleh menuntut lebih dari haknya dan tidak boleh membebani pasangannya lebih dari kewajipannya, agar kehidupan rumah tangganya selalu bahagia dan jauh dari segala konflik.
Setiap pasangan suami-isteri harus menyedari tentang hak-hak tersebut. Seorang suami wajib memenuhi hak isterinya. Demikian pula seorang isteri harus memenuhi hak suaminya. Jika si suami mengajak isterinya berhubungan seks, misalnya, tetapi si isteri enggan melayaninya, maka si isteri mendapat murka Allah s.w.t sampai si suami meredhainya, seperti yang disebutkan dalam sabda Rasulullah s.a.w berikut:
"Jika seorang lelaki mengajak isterinya untuk berhubungan seksual, maka hendaknya dia mengabulkannya, meskipun dia sedang di tempat pembakaran roti."
Nabi s.a.w bersabda: "Demi Tuhan yang memegang jiwaku di tanganNya, tidaklah seorang suami mengajak isterinya untuk berhubungan seksual, tetapi si isteri enggan mengabulkannya melainkan Tuhan yang berada di langit marah padanya sampai si suami meredhainya." Balasan untuk seorang isteri yang diredhai oleh suaminya adalah seperti yang disebutkan oleh Aisyah r.a. dalam sabda Rasulullah s.a.w berikut: "Siapa pun dari seorang wanita yang meninggal dunia, dan suaminya rela kepadanya, maka dia akan dimasukkan ke dalam syurga."
Disebutkan bahawa ada seorang wanita yang datang kepada Nabi s.a.w seraya berkata, "Aku adalah utusan kaum wanita untuk menyampaikan aspirasi mereka kepadamu. Allah s.w.t telah mewajibkan jihad bagi kaum lelaki. Jika menang, mereka mendapat pahala. Jika terbunuh, mereka akan hidup di sisi Tuhannya dan diberi rezeki. Sedangkan kami, kaum wanita, selalu melayani kepentingan para suami. Maka apa pahala kami dari perbuatan kami itu?" Rasulullah s.a.w menjawab: "Sampaikan kepada kaum wanita yang akan engkau temui, bahawa mentaati suami dan memenuhi haknya, pahalanya menyamai perjuangan seorang lelaki di jalan Allah, sayangnya tidak ramai dari kaum wanita yang melakukannya."
Islam sangat memuliakan posisi seorang suami, seperti yang disebutkan dalam sabda Rasulullah s.a.w: "Andaikata aku boleh menyuruh seseorang bersujud kepada seseorang, maka aku akan menyuruh seorang isteri bersujud kepada suaminya."
Kerana itu, Islam mewakilkan tanggungjawab dan kepimpinan rumahtangga kepada seorang suami, kerana suami lebih mampu daripada isterinya untuk menanggung segala permasalahan dan beban yang berat yang ada di dalam rumahtangganya. Apatah lagi kerana Allah s.w.t memberinya otak yang lebih sempurna dan kematangan cara berfikir, ditambah lagi keprimaan tubuhnya.
Sedangkan seorang isteri, di samping tubuhnya tidak seprima si suami, hatinya lebih lunak, perasaannya lebih menonjol, masih ada lagi beberapa kekurangan, misalnya badannya lebih lemah, dan kesempatannya untuk beribadah lebih sedikit dari suaminya, khususnya jika dia sedang mengalami masa haid dan masa nifas, maka selama itu, ia tidak boleh solat dan berpuasa.
Kerana beberapa kelebihan itulah tugas tanggungjawab keluarga dibebankan kepada seorang suami. Allah s.w.t berfirman:
"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian harta mereka."
(An-Nisa': 34)
Juga, Allah s.w.t memberi kemenangan kepada kaum lelaki menjadi pemimpin negara, pemimpin perang, dan bahagian warisnya dua kali lebih banyak daripada wanita. Seperti yang disebutkan dalam firman Allah s.w.t:
"Dan bagi kaum lelaki dilebihkan satu darjat dari wanita."
(Al-Baqarah: 228)
Rasulullah s.a.w pernah mengisyaratkan bahawa seorang wanita yang baik adalah termasuk kesenangan dunia yang paling baik seperti yang disebutkan dalam sabdanya:
"Dunia ini amat menyenangkan, dan sebaik-baik yang menyenangkan adalah wanita yang baik."
(HR. Ibnu Majah, Misykat Mashabih, 3083)
Baginda mengisyaratkan bahawa seorang wanita merupakan kebaikan terbaik yang harus diraih oleh seorang lelaki setelah meraih ketakwaannya. Seperti yang disebutkan dalam sabda baginda berikut: " Tidak ada kebaikan terbaik yang harus dicapai oleh seorang Mukmin setelah ketakwaannya kepada Allah s.w.t lebih dari isteri yang soleh, iaitu jika dia diperintah, maka dia akan mentaatinya. Jika dia dilihat, maka dia akan menyenangkan suaminya. Jika dia disumpah, maka dia akan menepatinya, Jika dia ditinggal, maka dia akan menjaga kesucian dirinya dan harta suaminya."
Rasulullah s.a.w tidak mensyaratkan kekayaan harta dan kecantikkan wanita sebagai standard (miqyas) nilai kebaikannya. Sebaliknya, baginda mensyaratkan ketaatan, dan penampilan yang menarik dari seorang isteri, penjagaan dirinya, kesabarannya dalam menanggung rutin beban rumah tangganya termasuk melayani keperluan biologis suaminya.
Itulah yang menjadi standard (piawaian) nilai kebaikan atau kesolehan seorang isteri di mana dalam hadis yang lain isteri dijadikan sebagai standard nilai kesenangan dunia nombor satu. Kerana jika seorang suami telah pergi dari isterinya, tentunya si isteri dapat kesempatan yang luas untuk melakukan segala perbuatan negatif di luar pengawasan suaminya. jika perasaan harga dirinya telah hilang, tentunya seorang isteri dapat menimbulkan fitnah dan noda bagi dirinya dan keluarganya.
Disebutkan bahawa ketika Umar berkeliling dari satu kampung ke kampung yang lain di malam hari untuk memeriksa keamanan dan keadaan rakyatnya, maka dia mendengar keluhan seorang wanita dari balik khemahnya, "Di malam hari yang panjang ini tidak seorang kekasih pun di sampingku yang menjadi teman candaku. Demi Allah, kalau aku tidak takut kepada Allah, pasti akan ada lelaki yang berada di sisi ranjangku ini. Tetapi, kerana rasa takutku kepada Tuhanku dan rasa takutku terhadap nama baik suamiku, maka aku menjaga diriku."
Dari keluhan wanita itu, Umat menyimpulkan bahawa wanita itu mempunyai seorang suami yang sedang bertugas di medan perang selama beberapa bulan dan meninggalkan isterinya seorang diri, sehingga menyebabkan keresahannya. Kerana itu, Umar tidak pernah lagi mengizinkan perajuritnya meninggalkan isterinya lebih dari empat bulan agar tidak menimbulkan kekecewaan di hati isterinya, khususnya seorang wanita solehah yang tidak mahu berselingkuh dengan lelaki lainkerana takut kepada Allah s.w.t dan kerana khuatir nama baik suaminya tercemar. Wanita yang disebutkan dalam firman Allah s.w.t:
"Sebab itu wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara dirinya ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara diri mereka."
Menurut Al-Quran, ciri khas wanita yang baik adalah wanita yang taat, berbakti kepada suaminya, menjaga hubungan baik dengan suaminya dari segala kesalahan, menjaga kesucian dirinya dan rahsia rumahtangganya, mentaati perintah-perintah agama yang dapat menjaga kelestarian hubungan suami-isteri dan yang setia kepada suaminya, khususnya jika suaminya sedang berpergian.
Setelah menerangkan sifat-sifat wanita yang baik, maka firman Allah s.w.t di atas menerangkan sifat-sifat wanita yang tidak taat kepada suaminya. Al-Quran mengisyaratkan cara pengubatan dan penyembuhannya melalui tiga tahap. Pertama, menasihatinya dengan baik. Kedua, pisah ranjang. Ketiga, memberinya penyembuhan yang lebih keras iaitu dengan memukulnya. Cara penyembuhan yang terbahagi menjadi tiga tahap itu disesuaikan dengan tahap penyakitnya masing-masing. Kerana itu, Allah s.w.t tidak menyebutkan cara penyembuhan sekaligus. Kerana, adakalanya ada seorang wanita yang sembuh dari pembangkangannya setelah diubati dengan cara kedua (pisah ranjang), ada yang baru dapat sembuh dari pembangkangannya setelah diubati dengan cara yang ketiga, pemukulan. Kerana itu, setelah si isteri dipukul oleh si suami, maka perasaannya lebih sakit dari apa yang dirasakan tubuhnya, sehingga pembangkangannya segera dapat terubati.
Apakah kecantikan, daya tarik, keluwesan, dan kecentilannya akan hilang jika si suami tidak memperhatikan lagi? Tidak, semuanya itu tidak akan hilang dari dirinya, tetapi jika si suami sudah tidak peduli lagi kepadanya, maka semua kelebihan yang dia miliki akan tidak berguna lagi baginya. Kerana itu, jika segala penyakitnya telah terubati, maka dia akan sembuh dari pembangkangannya. Kerana itu, isteri harus mentaati suaminya agar tidak menimbulkan perpecahan dalam rumahtangganya.