-->
« PYZAM.COM
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
skip to main | skip to sidebar

CiNta Allah KeKaL aBaDi...

CiNtA kEpAdA ALLAH, CiNtA RaSuL, CiNtA IbUbApA, CiNtA KePaDa UmMaH, CiNtA kEpAdA kEcEmErLaNgAn, MaRi KiTa SeMuA cInTa LiMa PeRkArA...

Pages


widget

WAHAI SAHABAT KAU ADALAH SEGALANYA UNTUKKU!!

Bismillah.. segala puji bagi Allah. Shalawat dan salam semoga tercurah kepada Rasulullah S.A.W, keluarnya dan para sahabatnya.

Ermmmmmm sudah lama saya meninggalkan blog ini.. Sudah lama blog ini bersarang tidak dicuci dengan coretan-coretan baru dariku. Bagi diriku, memiliki seorang sahabat adalah suatu perkara yang sangat bernilai dan bermakna. Lebih-lebih lagi bila persahabatan itu dijalin atas dasar ukhwah kerana Allah S.W.T..



Manusia hidup di dunia ini semuanya mempunyai sahabat. Boleh dikatakan tidak seorangpun manusia yang tidak memiliki sahabat walau mereka dari kaum yang ketinggalan dalam serba serbi kemodenan sekalipun. Namun apakah erti sahabat itu.

Sahabat asalnya dari kalimah Arab yang jika diterjemah ke bahasa melayu bererti kawan dan rakan atau teman. Sama jika diterbalikkan kawan dan rakan atau teman adalah kalimah melayu jika diterjemah kebahasa Arab ialah sahabah. Jika diterjemah kebahasa Inggeris bererti friend. Bahasa German? Saya tidak tahu kerana tidak pandai berbahasa German hehehehe...



Ujud sesuatu di dunia ini mengandungi hakikat. Pengkajiannya dinamakan mengkaji hakikat. Dan ilmu yang didapati dinamakan ilmu hakikat. Maka apakah hakikat dan nilai persahabatan?

Nilai persahabatan sebenarnya diukur sejauh manakah kesejatian persahabatan. Apakah kita sanggup berkorban untuk sahabat. Sahabat yang sejati ialah sahabat yang sanggup berkorban untuk sahabatnya. Sahabat sejati adalah sahabat yang sama-sama ketawa dimasa senang dan juga sama-sama menangis dimasa susah. Semasa senang, kesenangan dikongsi bersama dan semasa susah ia juga dikongsi bersama. Pokoknya sahabat sejati adalah penghibur ketika senang dan susah.


Seorang sahabat sejati akan sentiasa memerhatikan tingkah laku sahabatnya. Ia tidak akan membiarkan sahabatnya hidup di dalam kesesatan. Sahabat sejati adalah menjadi mata dan telinga sahabatnya. Sahabat sejati tidak akan merasa senang dan tidak tenteram hatinya jika sahabatnya hidup didalam kesusahan atau kemaksiatan.

Ayuhlah kita ambil contoh diri kita, apakah yang kita lakukan jika sahabat kita ingin meminjam wang atas keperluan mendesak sedangkan kita tiada wang? Apakah kita akan hanya berkata “aku tiada wang”? Apakah kita sanggup meminjam wang dari orang lain kemudian meminjamkannya kepada sahabat kita? Tentu kita tidak berani melakukannya kerana takut jika sahabat kita itu tidak memulangkan wang yang kita pinjam itu, maka kita pula terpaksa melunaskannya. Banyak berlaku di zaman moden ini sahabat menjadi penjamin pinjaman wang, tetapi dia pula yang menjadi pembayarnya. Mengapa? Kerana sahabat yang meminjam wang itu melarikan diri dari membayar pinjamannya. Namun, sahabat sejati akan melakukannya dan sahabat sejati juga akan memulangkan harta yang dipinjamnya dari sahabatnya pula.


Contoh sahabat susah sama susah dan senang sama senang ialah persahabatan di zaman Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam antara kaum Muhajirin dan Ansar. Apabila umat Islam berhijrah ke Madinah, antara perkara pertama dilakukan Baginda ialah mempersaudarakan setiap lelaki Muhajirin dengan seorang lelaki Ansar. Dan apabila dipersaudarakan, lelaki ansar akan berkorban sehabisnya kepada suadara Muhajirinnya. Apa sahaja harta diberikan untuk keperluan saudara Muhajirinnya. Hatta isterinya sanggup diberikan untuk dinikahi. Inilah contoh sahabat sejati yang bernilai cukup tinggi.

Contoh sahabat yang tertinggi ialah Sayyidatina Khadijah isteri pertama Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam. Khadijah adalah isteri yang sangat disayangi Baginda sehingga ia disebut-sebut di hadapan Aisyah menyebabkan kecemburuan kepada Aisyah. Mengapakah Khadijah sangat disayangi oleh Nabi Sallallahu alaihi wasallam? Kerana Khadijah memilik sifat susah sama susah dan senang sama senang dengan Nabi Sallallahu alaihi wasallam. Khadijah memiliki lima sifat yang melengkapi kesempurnaan dirinya iaitu sebagai seorang isteri yang menyintai suaminya, sebagai seorang ibu yang membelai anaknya, sebagai seorang kakak yang menjaga adiknya, sebagai seorang kawan yang mengasihi kawannya dan sebagai seorang kekasih yang menyintai kekasihnya. Kelima-lima sifat ini diterjemah dengan perlakuan ke atas diri Nabi. Inilah hakikat sahabat sejati yang menjadi kesempurnanbagi Sayyidatina Khadijah yang menyebabkan cinta Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam tertanam kuat kepadanya.

Namun sangat jarang berlaku hal ini dimana kebanyakannnya ialah sahabat yang sama-sama ketawa dimasa senang tetapi membiarkan sahabatnya menangis seorang diri dimasa susah. Dizaman ini kalimah kawan makan kawan adalah seperti sesuatu yang normal. Seringkali kawan sendiri mengkhianati kawannya. Contohnya seorang kawan sering mengkhianati kawan di dalam perkongsian perniagaan dimana salah seorang darinya menggelapkkan keuntungan perniagaan. Seringkali juga kawan mengkhianati amanah seperti seorang kawan memperkosa isteri kawannya. Demikian juga kawan tidak akan memperdulikan kita dalam persaingan kenaikan pangkat dalam syarikat, dimana perlakuan ampu mengampu ketua jabatan akan berlaku dengan penuh keji, dan ketika ini kawan akan memburukkan kawannya demi memenangi hati ketua ketua jabatannya. Dan ketua jabatan yang buta kayu atau yang gila puji akan memilih kawan yang makan kawan ini. Dalam erti yang lain seolah-olah tiada lagi sahabat sejati yang ujud di zaman ini.



Apakah syarat untuk memperolehi sahabat sejati itu? Jawapannya tidak lain tidak bukan ialah hendaklah kita bersahabat kerana Allah Taala. Apabila disebut kerana ALLah Taala, ia bermakna persahabatan itu bukan kerana harta dan kepentingan diri. Apabila tiada kepentingan diri maka tidak akan timbul istilah “kawan makan kawan”.

Sebagai sahabat janganlah kita suka menyusahkan sahabat kita. Janganlah kita meminta yang bukan-bukan yang diluar kemampuan sahabat kita atau dengan kata lain janganlah kita mengambil kesempatan diatas sikap murni sahabat kita dengan mengikis hartanya, atau seperti kata orang “pantang lepa ada sahaja kehendaknya”. Persahabatna kerana ALLah Taala adalah syarat utama untuk memperolehi kemurnian dan erti persahabatan sebenar. Sesungguh dalam persahabatan membolehkan pintu syurga terbuka untuk kita. Hakikat ini telah disebut oleh Nabi Sallallah alaihi wasallam bermaksud “tujuh gulungan penghuni syurga iaitu…yang ketujuh iaitu dua lelaki yang bertemu dan berpisah kerana ALLah Taala”.

Maka dari itu pandai-pandailah kita memilih sahabat. Sesungguhnya sikap sahabat sedikit sebanyak akan mempengaruhi sikap kita. Jika sahabat kita cenderung kepada kebaikan, ia akan meneybabkan kita juga menjadi baik, demikian juga sebaliknya. Di akhirat kelak, seseorang itu akan dikumpulkan mengikut sahabatnya .



Dalam suluk tasauf pula, ikhwan yakni sahabat setariqat adalah syarat untuk mengenal keburukan diri. Ilkwan adalah cermin diri ikwannya yang lain (Ia akan dijelaskan dalam bab tasauf).

Cukuplah untuk hari ini coretan yang saya dapat nukirkan.. insyaAllah jika ada kesempatan.. saya akan nukilkan lagi seberapa banyak coretan khusus buat sahabat-sahabatku diluar sana.. moga ukhwah yang kita bina ini akan kekal dan terjalin untuk selamanya.. amin...

Wassalam....

Posted by NuRuL aFiQaH at 7:47 PM 0 comments  

Misteri dan Aneh yang Disebut dan Terdapat di dalam al-Quran dan Hadis...
Firman Allah:"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan peralihan malam dan siang, terdapat tanda2 (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal, (iaitu) orang yang (sentiasa) mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau berbaring dan mereka memikirkan (merenung hikmah dan mengambil ikhtibar di sebalik) penciptaan langit dan bumi (serta segala yang ada di dalamnya), lalu berkata: 'Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan semua ini dengan sia2 (semuanya bermanfaat dan berfaedah)'..."(Ali Imran: 190-191)

Pohon Kurma Menangis...

Cerita tentang pohon kurma merupakan cerita yang mungkin ada di antara orang hari ini mensifatkannya sebagai kisah dongeng, tetapi kisah ini benar2 terjadi di zaman Rasulullah s.a.w, mengapa sampai pohon ini menangis???


Kisahnya diriwayatkan dari Jabir bin Abdillah r.a berkata: "Adalah dahulu Rasulullah s.a.w berdiri (berkhutbah) di atas sebatang kurma, maka tatkala diletakkan mimbar baginya, kami mendengar sebuah suara seperti suara unta dari pohon kurma tersebut hingga Rasulullah s.a.w turun kemudian beliau meletakkan tangannya di atas batang pohon kurma tersebut." [Riwayat Bukhari dalam Shohihnya (876)].

Ibnu Umar r.a berkata; "Nabi Muhammad s.a.w pernah berkhutbah pada batang kurma. Tatkala beliau telah membuat mimbar, maka beliau berpindah ke mimbar itu. Batang kurma itu pun merintih. Maka Nabi Muhammad s.a.w mendatanginya sambil mengeluskan tangannya pada batang kurma itu (untuk menenangkannya)". [Al-Bukhoriy dalam Shohihnya (3390), dan At-Tirmidziy dalam Sunan-nya (505)]. 

Batu Aneh Ucap Salam...

Mungkin kalau seekor burung (kakak tua) yang pandai mengucapkan salam adalah perkara yang sering kita jumpai. Tapi bagaimana jika sebuah batu yang mengucapkan salam.


Sebagai seorang hamba Allah yang mengimani Rasul-Nya, tentunya dia akan membenarkan seluruh apa yang disampaikan oleh Rasul-Nya, seperti pemberitahuan beliau kepada para sahabatnya bahawa ada sebuah batu di Mekah yang pernah mengucapkan salam kepada beliau sebagaimana dalam sabdanya, dari Jabir bin Samurah dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda; "Sesungguhnya aku mengetahui sebuah batu di Makkah yang mengucapkan salam kepadaku sebelum aku diutus, sesungguhnya aku mengetahuinya sekarang". [Riwayat Muslim dalam Sohihnya (1782)].

Gambar di bawah ini ialah batu "marjan" yang telah dijadikan sebagai tasbih atau cincin. Batu marjan ialah sejenis batu berharga yang diceritakan di dalam al-Quran, nilai marjan sama dengan mutiara. Firman Allah; "Ia (Allah) biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu; Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing2 tidak melampaui sempadannya; Maka yang mana satu di antara nikmat2 Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?? Dari kedua laut itu, keluar mutiara (lu'lu') dan marjan." (Surah Rahman: 19-22).



Posted by NuRuL aFiQaH at 6:24 PM 0 comments  

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG


Daripada Abu Bakrah sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda; maksudnya:-"Sesungguhnya zaman itu berputar sejak awal waktu Allah menjadikan langit2 dan bumi. Satu tahun mengandungi dua belas bulan ini, darinya empat bulan haram, tiga dari empat bulan ini berturutan-turutan iaitu Dzul-Kaedah, Dzul-Hijjah dan Muharram dan satu bulan berasingan ialah Rejab di antara Jamadi dan Syakban."

Dzul-Kaedah dibacakan dengan huruf Qaf dibariskan ataskan dan ini adalah masyhur. Manakala Dzul-Hijjah dibacakan dengan membaris bawahkan huruf Ha. Di dalam bahasa yang jarang digunakan adalah huruf Qaf itu dibacakan dengan membariskan bawahkannya. Orang2 Islam telah bersepakat bahawa bilangan bulan-bulan haram di dalam takwim Islam adalah ke empat2 bulan yang telah disebutkan di dalam hadis daripada Abu Bakrah r.a tadi.

Walaubagaimanapun para alim ulamak Islam telah berselisih pendapat mengenai adab yang mustahab di dalam kaedah pembacaan ataupun penurutan bulan2 tersebut. Samada dengan mendahulukan Muharram dari selainnya ataupun mendahulukan Rejab dari yang selainnya dan seumpamanya. Maka perselisihan mereka hanyalah di dalam perkara tersebut tidak pada yang lainnya.

Segolongan alim ulamak dari Kufah berpendapat bahawa ianya hendaklah dibilang di dalam turutan yang berikut; Rejab, Dzul-Kaedah dan Dzul-Hijjah. Turutan dijadikan sedemikian supaya keempat bulan tersebut akan termasuk di dalam satu tahun yang sama dan tidak terasing2. Para alim ulamak Madinah dan Basrah serta jamhur ulamak mereka pula berpendapat bahawa turutan tersebut mestilah dijadikan seperti berikut; Muharram, Rejab, Dzul-Kaedah dan Dzul-Hijjah. Tiga bulan yang terawal di dalam turutan ini datang secara berturut-turutan manakala satu darinya berasing-asingan. Ini adalah pendapat yang sohih di mana salah satu darinya adalah yang telah dibincangkan di dalam kitab ini dan yang telah dinukilkan di awal penulisan ini.

Adapun sabdaan Rasulullah s.a.w yang bermaksud; Rejab adalah terasing di antara Syakban dan Jamadi. Sesungguhnya lafaz Rasulullah s.a.w adalah merupakan pengasingan ataupun penekaan demi memberikan penjelasan yang baik di dalam usaha untuk menjauhkan kekeliruan di dalam penyebutan bulan2 tersebut sebagaimana yang paling sohih di dalam turutannya. Terdapat pertelagahan di dalam menentukan bulan yang manakah yang dibilang di dalam kedudukan yang berasingan tidak berturutan di antara Jamadi dan Syakban. Perselisihan ini berlaku di antara bani Mudhor dan Bani Rabi'ah mengatakan ianya adalah bulan Ramadan. Maka yang sohih adalah pilihan Mudhor. Disebabkan yang demikian Rasulullah s.a.w merujukkannya kepada Mudhor di mana di dalam istilah bahasa Arab Mudhor bermakna terasing.

Dikatakan juga Mudhor amat membesar-besarkan bulan Rejab dari puak2 yang lain. Dengan yang demikian Rejab dirujukkan kepada Mudhor. Maka jadilah ia Rejab Al-Mudhor iaitu bulan Rejab yang terasing kedudukannya di kalangan ke empat2 bulan haram tersebut.

Adapun sabdaan Rasulullah s.a.w yang bermaksud bahawa sesungguhnya zaman itu berputar sebagaimana perihal hari penciptaan langit dan bumi. Alim ulamak mengatakan bahawa maknanya; Sesungguhnya mereka (Mudhor) di masa jahiliah berpegang kepada agama nabi Ibrahim (mentauhidkan Allah s.w.t) di dalam pengharaman bulan2 tersebut. Sebagaimana adat mereka yang sukakan peperangan, pengharaman bulan2 ini amatlah membebankan mereka lantaran terpaksa menangguhkan peperangan. Mereka apabila bercadang untuk melancarkan peperangan ataupun untuk melakukan pembunuhan akan menundakan pengharaman bulan2 haram yang berturutan tersebut kepada bulan yang datang selepasnya iaitu Safar. Kemudian pada tahun yang lainpula mereka menundakannya kepada bulan yang lain. Beginilah yang mereka telah lakukan tahun demi tahun sehingga urusan tersebut menyebabkan kekelamkabutan kepada mereka. Sehingga pada satu tahun yang berikutnya bulan yang ditundakan itu bertemu dengan Hijatul Wida' yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Di mana Hijatul Wida' ini berlaku di dalam tahun di mana Allah s.w.t. telah menfardhukan ibadat haji bagi setiap yang berkemampuan bahawa pengharaman itu adalah bersesuaian dengan syarak Allah s.w.t.

Mereka di dalam tahun tersebut telah mengharamkan (peperangan)di dalam bulan Dzul-Hijjah di mana ia bersesuaian dengan apa yang telah dinyatakan sebelum ini. Maka Rsulullah s.a.w telah bersabda bahawa pusingan bulan2 tersebut adalah bersesuaian dengan hari di mana Allah s.w.t menentukan penciptaan langit dan bumi.

Posted by NuRuL aFiQaH at 6:07 PM 0 comments  

BISIKAN MALAM

Bila ku didatangi malam
Gelora perasaan mencengkam dijiwa
Masihkah ada lagi
Dayaku menghindar dari kealpaan

Diterjah berbagai persoalan
Dihujani airmata penyesalan
Bisakah terhapus semua
Segala dosa-noda yang bertakhta

Terangi jalan hidupku
Dengan cahaya kasih Mu
Pimpinlah daku dengan hidayah Mu

Tuhanku...
Di malam syahdu ku merayu
Ampunilah segala dosaku yang lalu
Sujud ku mendambakan keredhaan Mu
Tempatkan daku di dalam rahmat Mu

Tuhanku...
Usah Kau biarkan diri ku
Hanyut terleka, di jiwa dunia membelenggu
Dan aku sesungguhnya pasrah pada Mu
Hidup matiku hanyalah untuk Mu

Ya Allah tunjukkan jalan kebenaran
Suburkan jiwa ku dengan keimanan
Hanya pada Mu Oh Tuhan
Ku sandarkan harapan

Posted by NuRuL aFiQaH at 1:35 PM 0 comments  

DUGAAN KASIH

Wahai teman usah kenangkan
Kisah cintamu yang amat memilukan
Ditinggalkan kekasih hati
Impian hidup tiada erti lagi

Diri kecewa hampa dan duka
Derita seakan tiada hujungnya
Arah hidupmu tidak menentu
Tiada insan dapat membantu

Bukankah ini suatu dugaan
Dari Tuhan yang Pengasih Penyayang
Kita sekadar dapat merencana
Hanyalah Dia yang menentukannya

Titis air mata jangan dipersia
Curahkan hanya kepada Yang Esa
Semoga hidup kan lebih sempurna
Sinar bahagia pasti menjelma

Suburkanlah iman di hati
Selalu menginsafi diri sendiri
Tiap ujian pembuka jalan
Untuk kembali kepada Tuhan

Posted by NuRuL aFiQaH at 6:20 PM 0 comments  

Subscribe to: Posts (Atom)

My Blog List

  • ! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !
    Senarai Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu 34 #AJL34
    5 years ago
  • ! ✿CERITA AFIQAH SHAFIE✿ !

ANDA PELAWAT KE??

invisible stats
Christian Dating

50" height="50" src="http://i257.photobucket.com/albums/hh229/rhythmskateshop/Home_64x64.png" />
Sitting and Blinking Hello Kitty), url(Sitting and Blinking Hello Kitty), auto;}



[close]

Kalau korang suka blog saya sila like tau??

Facebook Badge

Ieqah Safira

Create Your Badge

TAKWIM HIJRAH


Blog Archive

  • ▼ 2010 (5)
    • ► June (4)
      • DUGAAN KASIH Wahai teman usah kenangkanKisah cinta...
      • BISIKAN MALAM Bila ku didatangi malamGelora perasa...
      • DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PEN...
      • Misteri dan Aneh yang Disebut dan Terdapat di dala...
    • ▼ July (1)
      • WAHAI SAHABAT KAU ADALAH SEGALANYA UNTUKKU!! Bismi...
  • ► 2011 (1)
    • ► December (1)
  • ► 2012 (3)
    • ► January (2)
    • ► July (1)

About Me

My Photo
NuRuL aFiQaH
Pernah hati ini terguris Dengan fitnah dan tohmahan menghiris Sehingga terasa diri ini hina Kerana tiada siapa yang sudi membela Kutabahkan hatiku harungi hidup Biarpun tiada siapa yang menemani Keseorangan aku di lautan sepi Ditinggalkan mereka yang aku percayai Namun ku tahu ada hikmahnya Setiap segala yang menimpa diri Kuserahkan segala padaMu Tuhan Yang berkuasa jua mencipta Kerana engkau MAha Mengetahui SEgala apa yang terbuku di hati Ya Allah tidakku terdaya lagi Menahan dugaan yang mencabar ini Terasa bagai noktah telah kutemui Mengakhiri segala yang telah aku mulai Ya Allah engkau lindungilah aku Bekalkanlah daku dengan limpahan iman Agar tabahku menghadapi dugaan Agar tidakku berhenti di pertengahan Kini di sini aku berdiri Bersama harapan yang tulus suci Agar terbitlah kembali menteri pagi Setelah malamku berkalut benci
View my complete profile

Mutiara Kata!!

 

Followers