BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

RAPUH BY OPICK


Artist : Opick

Lirik Lagu : Opick - Rapuh

Opick - Rapuh 
detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan


seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup



meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu



maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta



detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu



Assalamualaikom sahabat-sahabatku sekalian. Maaf kerana terlalu lama saya membiarkan entry saya ni bersarang tidak berusik. Bukannya apa, sejak akhir-akhir ni saya agak sibuk dengan tugasan yang pensyarah saya berikan.

Untuk entry kali ni saya meletakkan klip video Opick dan juga lirik lagu tersebut supaya sahabat-sahabat semua boleh baca dan ikut nyanyi...hihi.. Best tau lagu ni. Nak tahu kenapa saya letak video Opick dalam entry saya kali ni?? haaaaa meh sini saya nak cita kat sahabat semua.


Sahabat semua tahu tak bila saya dengar lagu ni.. Hati saya rasa dekat sangat dengan Allah.. Syahdu je bila dengar lagu ni dialunkan di telinga saya. Dengan lirik yang begitu menarik dan menyentuh hati sesiapa sahaja yang mendengarnya. Bagi saya lagu ini mempunyai makna yang tersendiri.


Sebagai seorang hamba Allah yang terlalu banyak kekurangan. Saya perlu banyak memperbaiki diri saya supaya saya tidak tersasar jauh dari landasan yang sepatutnya saya ikut. Banyak benda yang boleh kita jadikan sumber motivasi dirinya contohnya lagu. hihi dah macam pakar motivasi pula saya ni kan??


Ermm sebelum saya berceloteh dan mengarut dengan lebih panjang lagi. Lebih baik saya berhenti sampai sini saja. Nanti sahabat semua boring pula kalau baca entry saya yang panjang-panjang kan?? Jadi saya harap sahabat semua sukalah dengan entry yang saya kongsikan untuk kali ini. Ermm salam sayang saya untuk sahabat semua.

AZAM TAHUN BARU SAYA..

Ehemm ehemmm dimulakan dengan bismillah dan pembukanya assalamualaikom.. Untuk entry kali ini saya ingin menceritakan apa azam tahun baru saya untuk tahun ini.. Ermm untuk pengetahuan pembaca semua, sekarang ini saya dalam keadaan yang kurang memuaskan.. nak tahu kenapa?? Entahla.. saya pun tak tahu sebabnya.. Semenjak dua menjak ini.. saya asyik batuk sahaja.. Batuk dah satu hal, hidung pulak asyik nak berair. Seksa betul batuk ni. Yela.. macam mana tak seksanya.. Batuk ni macam taknak berhentila pulak.

Rasa sedihla juga sebab tahun baru ini di rantauan, tanpa mak dan abah disisi. Dulu waktu sekolah selalu sambut tahun baru dengan mak dan abah. Lepas saya sambung study di KL. Saya sambut sorang-sorang. Kamu semua pasti nak tahu kan kenapa saya sambut sorang-sorang?? Ini adalah kerana housemate saya dulu semuanya jahat dengan saya. Diorang hanya baik dengan saya bila ada sebab sahaja. Hanya Allah yang tahu betapa sedehnya hati ini. Tapi saya terima semua itu sebagai ketentuan dari Allah kerana saya percaya setiap perbuatan pasti akan menerima balasan yang setimpal daripada Allah s.w.t. Hari berganti hari.. tahun berganti tahun.. akhirnya saya melanjutkan pengajian saya di universiti saya sekarang.. nak tahu universiti apa???

Hahh ini adalah tajuk sebenar yang saya nak ceritakan.. Universiti yang sedang saya belajar sekarang adalah Koleh Universiti Islam Melaka. Terletaknya KUIM ini ditengah-tengah bandar Kuala Sungai Baru.. bandar ke?? lebih kuranglah.. bandar plus kampung. walaupun disini suasananya agak sunyi dan jauh dari bandar, saya tetap gembira.. Pasti kamu semua nak tahu kenapa saya gembira kan?? Sebab kawan-kawan saya disini semuanya baik-baik dan yang paling saya gembira ialah saya rasa dihargai sangat-sangat. Walaupun disebalik kegembiraan ini terselit sedikit kesedihan.. Tapi biarlah saya dan Allah sahaja yang tahu kesedihan apa yang saya tanggung itu.

Menyebut pasal azam tahun baru.. azam tahun baru saya ialah saya nak tingkatkan diri saya sebagai seorang hamba Allah yang kerdil dan hina ini kepada seorang hamba Allah yang takut akan dosa-dosa Allah.. yang takut akan murka Allah.. yang takut akan balasan Allah.. Saya cuma nak jadi seorang hamba yang lebih tawaduk dalam semua perkara.. insyaAllah saya akan usahakan diri saya ke arah itu.. amin.. Dalam masa yang sama, saya ingin menjadi seorang hamba Allah yang berjaya di dunia dan akhirat.. Menjadi anak yang dibanggakan oleh mak dan abah.. Tiada apa yang saya harapkan dari kedua orang tua saya selain saya ingin melihat airmata kebahagiaan yang jatuh dari kedua kelopak mata mak dan abah beserta senyuman manis yang akan terukir di bibir mungil kedua mak dan abah..

Berkenaan azam tahun baru ini.. Banyak azam saya yang ingin saya kecapi.. Tetapi saya sedar, saya cuma hamba Allah yang lemah dan tidak sempurna untuk melakukan semua itu dalam satu masa.. Tetapi saya akan cuba melakukan itu semua setakat kemampuan saya sebagai seorang hamba Allah di atas muka bumi ini insyaAllah. Tetapi azam yang paling saya ingin kecapi selain menjadi seorang hamba Allah yang solehah adalah saya ingin menjadi seorang penceramah bebas yang dapat membimbing semua orang di luar sana.. insyaAllah doakan semua impian saya itu ok???

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kepada kamu semua yang sudi membaca entry saya untuk kali ini walaupun agak membosankan.. hihi.. tetapi apapun saya sangat bersyukur ke hadrat Illahi kerana diberi kesempatan ini untuk menulis entry ini sehingga habis dan diberi umur yang panjang hingga ke hari ini. Moga tahun baru ini kita diberi kesempatan oleh Allah s.w.t untuk memperbaiki diri supaya menjadi seorang hamba Allah yang lebih baik dari sebelum ini.. insyaAllah.. sekian dari saya.. Wasalam.. :-)